Pak Pandir 1 Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.
Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,
Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.
Pak Pandir 2
nak dijadikan cerita... pada suatu hari ketika pak pandir baru pulang dari pekan...
ketika pak pandir sedang syok berjalan sambil menyanyi lagu sua sue kemoning.
tiba tiba pak pandir berhenti kerana terlihat sesuatu di atas jalan...
pak pandir pun terpikir apa ke bendanya tu...
lalu pak pandir amik inisiatif untuk tau apa ke bendanya tu...
lalu pak pandir pun pergi la dekat dengan benda tu...
kemudian pak pandir pun berkata....
"rupa macam taik?"
"tapi ye ke taik ni..?"
lalu di sentuh pak pandir benda tu..
"lembiknya macam taik"
tapi pak pandir masih tak puas hati, lalu di hidunya,
"bau macam taik"
tapi pak pandir tak puas hati jugak. lalu dirasanya dengan lidah..
"puhhhh" menyempur pak pandir.
lalu pak pandir pun berkata
"MEMANG SAH TAIK, NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK"
.....SEKADAR JENAKA DI WAKTU PETANG......