Cuba Pikir..... Satu masalah dihadapi para saintis samada di Amerika Syarikat atau di Russia ketika peringkat awal perlumbaan manusia ke angkasa lepas pada sekitar 60an ialah kesukaran angkasawan menulis bagi merekod sesuatu disebabkan masalah dakwat tidak mengalir dengan sempurna kerana kurang atau tiadanya tarikan graviti di angkasa lepas.
Untuk mengatasi masalah itu Amerika mengeluarkan perbelanjaan jutaan dollar untuk mencipta sejenis pen dan dakwat yang boleh digunakan di angkasa lepas. Mereka bermegah dengan ciptaan tersebut dan ke mana sahaja mereka pergi mereka akan berbual mengenainya.
Ada sekali para saintis Amerika tersebut bertemu dengan para saintis Russia dan sekali lagi para saintis Amerika bermegah-megah dengan ciptaan mereka itu. Di hadapan para saintis Amerika saintis-saintis Russia ditanya bagaimana mereka menyelesaikan masalah menulis di angkasalepas. Seorang saintis Russia menjawab "Kita tak payah belanja berjuta-juta dollar cipta pen dan dakwat... kita guna pensel jer kat angkasa lepas..