Salam.. di sini Bujang ada satu cadangan kepada Admin (Sifu@Ejumpz). Mungkin kita boleh bukak sub forum baru di bawah Bicara Komuniti Silat PSSSHP bertajuk Sejarah dan Kenangan... Rasional nya ialah pada pendapat Bujang zaman dulu pendekatan pendidikan silat adalah berbeza pada masa kini. Bukan untuk memburuk - burukan, tetapi sebagai pengajaran kepada semua. Setiap pesilat yang muda seperti Bujang dan Ejumpz atau yang kurang muda seperti Sifu & Nanang mesti ada kenangan dalam silat kita sejak kita semua ceburi bidang ini.. Apa kata kita kongsi antara semua pengguna forum kita ini sebagai panduan, pengajaran dan juga sebagai kenangan untuk kita semua.. termasuk pesilat - pesilat baru...
Sedikit sebanyak mereka tahu bagaiman cerita - cerita kita dahulu. Susah senang latihan.. Gelak ketawa, duka, pertandingan, kesungguhan dan juga pengorbanan.. Bujang pasti selain daripada sebahagian hiburan dan kenangan kepada kita, ia juga akan memberi manfaat kepada generasi baru untuk melihat sejauh mana orang - orang yang terlebih dulu berjuang.. berkorban masa, wang ringgit dan sebagainya semata - mata demi perjuangan dan kepuasan semangat kita.
Tapi bukanlah ia bertujuan sebagai untuk membangga - banggakan perjuangan orang dulu atau memperlekehkan generasi kini, cuma niat ikhlas untuk berkongsi segala kenangan yang mungkin serba sedikit memberi motivasi pada generasi baru yang menceburi bidang ini.. Insyaallah.
Ini cuma cadangan, terpulang kepada pihak Admin untuk mempertimbangkannya.. Untuk bukak sub forum baru atau sebagai hanya thread baru.. Bujang pasti rakan - rakan seperjuangan seperti ejumpz, jebat, tarzan, adeqrizal dan terutamanya Sifu ada kenangan suka duka dan pengorbanan kalian - kalian semua sepatutnya menjadi satu memori yang indah dan juga motivasi kepada kita semua.... yang lama atau yang baru.. Insyaallah...
Salam....