Batu Gajah
 
Sabtu, 19 Jul 2025
Welcome Guest


Revolusi Teknologi Tetikus - Forum PSSSHP
[New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Revolusi Teknologi Tetikus
ejumpsDate: Rabu, 25 Feb 2009, 1:38 PM | Message # 1
Jebat Jr.
Group: Administrators
Messages: 176
Reputation: 1
Status: Offline
KETIKA Microsoft menghasilkan tetikus yang pertamanya pada tahun 1982, ia telah mengubah serta membawa revolusi terhadap pengendalian komputer.

Kehadiran perkakas tetikus ini nyata memudahkan navigasi pengguna untuk mengendalikan komputer dan juga aplikasi yang terdapat di dalamnya.

Walaupun kecil, penggunaannya didapati amat membantu pengguna untuk berinteraksi dari segi menyelaras aplikasi ringkas hingga ke tugasan yang berat pada komputer.

Ini kerana, hanya dengan mengklik tetikus, segala perisian dan aplikasi dapat dibuka dan dikawal dengan mudah, lancar dan tepat.

Dari tahun ke tahun, perkembangan peranti itu menyaksikan perubahan ciri serta penerapan terhadap

fungsinya.

Pada peringkat awal pembuatannya, tetikus didatangkan dengan wayar dan bebola di bawahnya.

Bagaimanapun, peredaran masa menyaksikan perubahan dari segi pembangunan teknologi telah disepadukan pada peranti kecil itu.

Pelbagai ciri menarik diterapkan, sebagai contoh, tetikus hadir dengan skrol bar di bahagian tengah, tanpa wayar, Bluetooth dan juga bebola yang menjadi sumber pengesan telah digantikan dengan pancaran laser serta kemudahan optikal.

Justeru tahun 2008 sekali lagi menjadi saksi kepada pembaharuan teknologi tetikus apabila Microsoft mengambil inisiatif untuk memperkenalkan tetikus yang dilengkapi dengan teknologi Blue Track.

Kehadiran teknologi ini membawa perubahan pada penggunaan tetikus kepada suatu tahap baru.

Sebagai bukti, kehadiran dua model Tetikus Explorer Mouse dan Explorer Mini Mouse yang didatangkan dengan teknologi inovatif Blue Track.

Hasil usaha pembangunan yang dibangunkan Microsoft itu nyata boleh dipuji kerana teknologi ini memperlihatkan teknologi mengesan yang terkini.

Ini kerana, menerusi penyelarasan teknologi Blue Track terhadap kedua-dua model tersebut, ia membolehkan tetikus digunakan di atas mana-mana permukaan kecuali pada gelas dan cermin.

Ini merupakan hasil penggabungan kuasa optikal dan ketepatan pancaran laser, sekali gus membenarkan ia berfungsi di atas mana-mana permukaan secara maya.

Ini termasuk di atas permukaan yang tidak rata seperti batu granit, permaidani rumah dan banyak lagi.

Secara tidak langsung, kehadiran kedua-dua model ini membenarkan pengguna untuk melakukan tugasan dan komputer riba tanpa memerlukan pad tetikus.

Kini, kedua-dua model tetikus Explorer Mouse dan Mini Mouse tersebut sudah boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga masing-masing yang ditawarkan pada RM272 dan RM199.

Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh didapati dengan melayari laman web www.mshardwareguide.com.


- AkU mEnDerHaKA KeraNA TuAh!!! -
HiLang aKu mEniNGGalKan WaRis, AgaR 'TaK MelAYu HiLAnG Di DUniA'
 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:

Copyright ejumps © 2025 | Free web hostinguCoz