Batu Gajah
 
Sabtu, 19 Jul 2025
Welcome Guest


Paintball - Forum PSSSHP
[New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Paintball
ejumpsDate: Rabu, 25 Feb 2009, 1:46 PM | Message # 1
Jebat Jr.
Group: Administrators
Messages: 176
Reputation: 1
Status: Offline
UMPAMA permainan kanak-kanak kejar mengejar dan sorok menyorok, sukan paintball memberikan keseronokan yang hampir serupa tetapi dalam suasana agak berbeza. Ia lebih mencabar dan sofistikated, lengkap dengan peralatan pelindung seluruh badan, dari kepala sehingga ke kaki dan senapang udara yang digunakan pula berisi bebola warna.

Seperti merealisasikan impian mereka yang gemarkan sukan lasak atau keinginan untuk berada di medan perang, tidak menghairankan mengapa populariti sukan paintball kian terserlah pada hari ini.

Difahamkan, paintball merupakan antara sukan ekstrem yang paling popular di dunia dengan kira-kira 12 juta pengikutnya.

Hanya mengambil masa 15 tahun, sukan itu kini dikenali sebagai sukan luar yang mengujakan dan dimainkan di lebih 40 buah negara.

Sukan paintball merupakan sebuah permainan kompetitif berpasukan yang terbuka dan mampu menarik penglibatan lelaki serta wanita daripada setiap lapisan usia, baik pelajar sekolah dan universiti, golongan profesional mahupun pesara.

Menurut Pengarah Kejohanan Liga Paintball Kebangsaan Malaysia (MY-NPL), Mohd Sofian Mohd Daud, sukan paintball di negara ini masih baru dan dikatakan bermula pada 1999.

"Terdapat pelbagai variasi sukan paintball tetapi pada tahun 2004, jenis speedball mula mendapat perhatian ramai."

Speedball merupakan jenis sukan paintball yang bercirikan sebuah padang lapang yang kurang daripada saiz sebuah padang bola dengan halangan-halangan atau bunker yang terletak di lokasi strategik kawasan tersebut.


- AkU mEnDerHaKA KeraNA TuAh!!! -
HiLang aKu mEniNGGalKan WaRis, AgaR 'TaK MelAYu HiLAnG Di DUniA'
 
TarzaneMalayaDate: Selasa, 03 Mar 2009, 9:24 PM | Message # 2
Major general
Group: Moderators
Messages: 27
Reputation: 0
Status: Offline
asalammualaikum......ya seperti yang di sampaikan oleh abg ijam di atas tadi
tu,saya amat berminat sekali dgn aktiviti sukan painball ni.tapi saya nak bertanya
sesuatu berkenaan dgn sukan painball n...adakah sukan ni mengeluarkan modal
yang banyak dan berapa jam kah kalau sekali kita main permainan ni...
erlukah kita mengikuti khusus untuk kita bermain sukan painball ni....Rojer smile


......TakkaN TaRzAne hiLaNg Di MALAYA.....
 
ejumpsDate: Rabu, 04 Mar 2009, 9:12 AM | Message # 3
Jebat Jr.
Group: Administrators
Messages: 176
Reputation: 1
Status: Offline
Kos tgk budget.. minima bydget untuk satu permainan lebih kurang RM90. Tempoh bermain bergantung kepada stamina. Huhuhuh... Kursus ada disediakan namun untuk peringkat permulaan boleh belajar direct jek ngan abg ejam...

- AkU mEnDerHaKA KeraNA TuAh!!! -
HiLang aKu mEniNGGalKan WaRis, AgaR 'TaK MelAYu HiLAnG Di DUniA'
 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:

Copyright ejumps © 2025 | Free web hostinguCoz